USM Logo APEX logo OFFICIAL23   
           

Login to your account

Username *
Password *
Remember Me
Rabu, 23 September 2026
 

eThesis jimatkan tenaga dan masa

Projek eThesis yang menggunakan sistem perisian terbuka Dspace di Perpustakaan Hamzah Sendut (PHS), Universiti Sains Malaysia (USM),  menjimatkan tenaga dan masa warga kampus kerana mereka tidak perlu bergerak ke arkib Malaysiana untuk mendapatkan bahan rujukan thesis yang diperlukan sebaliknya boleh mengakses atas talian.

Menurut Pustakawan Kanan, PHS, Siti Fatimah Hashim, sebanyak 598 judul thesis telah siap didigitalkan semasa pelancaran dan jumlah ini akan terus meningkat dari semasa ke semasa.

Bahan rujukan tersebut hanya boleh diakses secara read-only di PHS ketika waktu pejabat sahaja kerana hak ciptanya adalah terpelihara.

“Projek ini akan dilaksanakan sepenuhnya secara single-sign-on bagi membolehkan warga kampus mengakses teks penuh eThesis secara atas talian pada sepanjang masa”, katanya lagi.

Ainfikriah Bukhari, Seni 1, berkata bahawa eThesis membuka ruang kepada siswa-siswi untuk membuat rujukan secara pantas dan mudah.

“Cadangan untuk pengaksesan e-Thesis secara single sign on adalah terbaik kerana siswa-siswi mampu mengakses eThesis secara berlanjutan kerana tiada had masa yang ditetapkan”, tambahnya.

“PHS perlu mempelbagaikan judul thesis agar siswa-siswa dari aliran sains dan sastera mempunyai peluang untuk mengakses bahan rujukan tersebut secara holistik”, jelas Ainfikriah.

Siti Fatimah menyarankan siswa-siswi USM untuk menggunakan perkhidmatan eThesis dengan sebaik mungkin dan tidak melakukan sebarang plagiat yang bertentangan dengan polisi universiti.

Berita Kampus Terkini

BK45 06