Login to your account

Username *
Password *
Remember Me

Create an account

Fields marked with an asterisk (*) are required.
Name *
Username *
Password *
Verify password *
Email *
Verify email *
Captcha *
Reload Captcha
Khamis, 29 Jun 2017

Makanan tradisi ketupat palas

rencana p13

Kemeriahan sambutan hari raya puasa dan hari raya haji jelas tergambar dalam lirik lagu Suasana Hari Raya yang didendangkan oleh Anuar Zain dan Ellina sangat menggamit memori pada hari lembaran. Setiap kali lembaran kunjung tiba, masyarakat Islam pasti mempersiapkan juadah yang menjadi tradisi mereka terutamanya di utara Semenanjung Malaysia dan di negeri pantai timur iaitu ketupat palas. Ketupat palas sudah menjadi makanan utama masyarakat sempena hari raya.
Ketupat palas menjadi juadah wajib dihidangkan semasa hari raya puasa. Tidak dapat dinafikan lagi, ketupat palas menjadi hidangan kesukaan masyarakat. Ramai yang gemar memakan ketupat palas tetapi tidak tahu cara pembuatannya. Proses yang merumitkan itu menyebabkan masyarakat Melayu mengambil jalan mudah seperti menempah daripada mempelajari untuk membuatnya sendiri.
Ketupat palas yang berbentuk segi tiga dibalut dengan menggunakan daun palas. Ketupat palas sering menggunakan beras pulut susu dan beras pulut hitam. Bagi memenuhi citarasa masyarakat, ketupat palas telah dipelbagaikan dengan dicampur serunding daging dan kacang gajus.
Proses membalut ketupat adalah proses yang sukar. Ketupat palas mempunyai dua jantina iaitu ketupat jantan dan ketupat betina dan dapat dibezakan melalui balutan. Ketupat jantan mempunyai balutan yang kemas manakala ketupat betina pula kelihatan tidak kemas dan mudah dimasuki air ketika proses rebusan dan kukus.
Proses membuat ketupat agak rumit dan ramai generasi muda kini tidak tahu cara pembuatannya. Ketupat segera sering menjadi pilihan utama masyarakat pada masa ini. Ketupat palas yang telah dimodenkan iaitu menjadi ketupat segera yang dibalut dengan plastik dikatakan murah dan mudah cara penyediaannya. Oleh itu, kita dapat lihat kewujudan teknologi makanan seperti ketupat palas segera mula mendapat sambutan masyarakat dan tidak hairanlah suatu hari nanti ketupat palas yang merupakan makanan tradisi akan lenyap begitu sahaja.
Pengusaha kecil-kecilan, Norain Mat Saad 25, yang merupakan graduan lepasan Universiti Sains Malaysia (USM), kemahiran membuat ketupat adalah satu anugerah yang tidak ternilai baginya. Bersandarkan kebolehan yang ada, beliau mengambil tempahan ketupat palas setiap kali tiba musim perayaan. Beliau mengakui bahawa, setiap kali tiba hari raya, tempahan ketupat palas menjadi sumber utama pendapatannya.
“Setiap kali tiba hari raya terutamanya hari raya puasa, tempahan ketupat palas sangat banyak dan terpaksa ditolak kerana saya tidak mempunyai tenaga kerja yang banyak. Namun saya hanya mendapat tempahan ketika musim raya sahaja kerana pada hari biasa, saya tidak lagi mendapat tempahan”, katanya.
Menurut Norain lagi, mempelajari cara membuat ketupat palas bukanlah satu usaha yang sia-sia dan tradisi membuat ketupat setiap kali menjelang hari raya harus diteruskan.
“Minat cara-cara membuat ketupat mula muncul ketika melihat ibu membalut ketupat setiap kali tiba musim raya dan saya belajar membuatnya walaupun pada ketika itu sering dimarahi oleh ibu kerana ketupat yang saya buat menjadi ketupat betina”, katanya lagi.
Generasi baru haruslah belajar membuat ketupat palas ini sebelum amalan turun temurun masyarakat Melayu terkubur bersama mereka selama-lamanya. Jika ianya terus dibiarkan ketupat palas pasti menjadi makanan yang hampir dilupakan.


Calender

« June 2017 »
Mon Tue Wed Thu Fri Sat Sun
      1 2 3 4
5 6 7 8 9 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30