USM Logo APEX logo OFFICIAL23   
           

Login to your account

Username *
Password *
Remember Me
Selasa, 22 September 2026
 

Aktiviti mencerap bintang dibatalkan akibat hujan

Aktiviti mencerap bintang di langit anjuran Kelab Astronomi Universiti Sains Malaysia (USM), terpaksa dibatalkan kerana faktor cuaca yang tidak mengizinkan.

Menurut pengarah projek, Siow Hao Sen, walaupun aktiviti mencerap bintang dibatalkan akibat hujan, namun siswa-siswi yang hadir pada program hari ini masih bersemangat mendengar ceramah yang disampaikan oleh  pensyarah di Pusat Pengajian Sains Fizik, Dr Chong Hon Yew, tentang rahsia alam semesta.

Selain itu, Siow Hao Sen turut menambah objektif utama program ini untuk memberi pengetahuan baru tentang bidang astronomi kepada siswa-siswi USM terutama kepada mereka yang baru sahaja mendaftar sebagai ahli baru hari ini.

“Ramai yang masih kurang tahu tentang rahsia alam semesta terutama yang berkaitan dengan planet-planet selain bumi seperti Venus, Mars dan pelbagai jenis bintang”, ujarnya.

“Satu perkara menarik tentang bidang astronomi di Malaysia ialah menunggu waktu kemunculan bintang-bintang di langit. Ini kerana langit di Malaysia sentiasa berawan dan kita perlu menunggu langit yang jelas untuk melihat bintang”, tambahnya lagi.

Menurutnya lagi, bidang fotografi astronomi juga antara satu cabaran besar kerana selepas mengambil gambar. Kesemua gambar tersebut perlu diedit dan diproses untuk mendapatkan warna sebenar bintang-bintang tersebut.

Salah seorang ahli kelab astronomi, Lo Yuen Sum, Sains Fizik 1, program seperti ini bagus untuk menarik lebih ramai siswa-siswi menyertai kelab ini. Kelab ini juga mengalu-alukan penyertaan orang luar untuk belajar tentang alam semesta.

“Bidang astronomi satu bidang yang sangat mencabar dan memerlukan tahap kesabaran yang tinggi kerana kita perlu menunggu cuaca yang sangat baik untuk menyaksikan sesuatu fenomena itu berlaku”, ujarnya lagi.

Menurut Lo lagi, perkara ini kerana perlu menunggu beberapa jam untuk menyaksikan kemunculan sesuatu fenomena. Jika tiada tahap kesabaran yang tinggi, maka usaha yang ditabur gagal mencapai matlamat utama.

“Kami juga sangat mengalu-alukan penyertaan pelajar yang berminat untuk menjadi jurugambar bidang astronomi kerana ia sangat menarik untuk diteroka”, tambahnya lagi.

 “Saya berharap agar siswa-siswi USM berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang bidang astronomi kerana ia salah satu bidang yang kurang diminati. Kelab Astronomi sangat mengalu-alukan penglibatan daripada semua pihak”, ujarnya lagi.

“Pada 13 dan 14 Disember ini, kelab Astronomi dengan kerjasama muzium Pusat Pengajian Fizik akan menganjurkan satu aktiviti menyaksikan kemunculan buruj Gemini. Pengunjung akan dapat menyaksikan hujan meteor dan ia akan diadakan di Padang Hoki USM bermula jam 9.30 malam”, akhirnya.

Kelab Astronomi mengajak siswa-siswi untuk turun menyertai semua aktiviti yang bakal dianjurkan. Antara aktiviti menarik untuk disertai ialah aktiviti pencerapan bintang di langit menggunakan teleskop pada setiap hari Jumaat jam 9.30 malam di Padang Kawad, Universiti Sains Malaysia.

Berita Kampus Terkini

BK45 06