Login to your account

Username *
Password *
Remember Me

Create an account

Fields marked with an asterisk (*) are required.
Name *
Username *
Password *
Verify password *
Email *
Verify email *
Captcha *
Reload Captcha
Isnin, 23 Oktober 2017

Jerebu jejas kesihatan siswa-siswi

jerebu

Peningkatan masalah kesihatan warga Universiti Sains Malaysia (USM) akibat jerebu terutamanya jumlah pesakit asma yang memerlukan rawatan nebulizer telah berganda.
Menurut Pengarah Pusat Sejahtera USM Dr. Normala Abdul Wahid, pembekalan topeng percuma oleh Pusat Sejahtera hanya untuk warga USM tertentu sahaja termasuk semua pesakit yang menghadapi masalah paru-paru, warga emas, kanak-kanak, ibu mengandung, pesakit kronik, serta warga USM yang menjalankan aktiviti luar secara kumpulan.
Normala menasihatkan siswa-siswi supaya menggunakan perkhidmatan bas dalam kampus dan mengurangkan kegiatan luar. Warga USM yang menghidap asma atau masalah paru-paru diminta menggunakan topeng semasa berada di luar, membawa bekalan ubat dan segera ke klinik sekiranya perlu.
Sebuah bilik gerakan jerebu ditubuhkan yang dipengerusi oleh Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr. Omar Osman untuk memantau prosedur operasi standard (SOP) kepada semua jabatan dalam USM. Tujuan penubuhannya adalah sebagai pusat pemantauan dan memberi maklumat kepada warga USM tentang keadaan jerebu dari semasa ke semasa.
Warga USM digalakkan melayari laman sesawang Pusat Sejahtera USM untuk mendapatkan maklumat mengenai keadaan jerebu terkini sebelum melakukan aktiviti luar. Arahan dan nasihat akan dikeluarkan bagi menghentikan penglibatan warga USM dalam kegiatan luar sekiranya keadaan jerebu mencapai tahap membahayakan.
“Saya tidak beriadah sejak jerebu melanda dan mengurangkan kegiatan luar. Saya berharap jerebu akan segera pulih secepat mungkin”, kata Qiu Bing, Sains Fizik 2.
“Topeng muka yang dijual adalah mahal, Pusat Sejahtera seharusnya memberikan topeng muka secara percuma kepada semua warga USM dan bukan orang tertentu sahaja demi kesihatan bersama”, Zahir Johari, Ilmu Kemanusiaan 1.


Calender

« October 2017 »
Mon Tue Wed Thu Fri Sat Sun
            1
2 3 4 5 6 7 8
9 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30 31