Login to your account

Username *
Password *
Remember Me

Create an account

Fields marked with an asterisk (*) are required.
Name *
Username *
Password *
Verify password *
Email *
Verify email *
Captcha *
Reload Captcha
Khamis, 29 Jun 2017

Saman jika tidak bertopi keledar

Sikap segelintir siswa-siswi yang memandang ringan isu keselamatan masih berlaku apabila mereka dilihat tidak memakai topi keledar ketika menunggang motosikal di kawasan kampus.
Menurut Timbalan Pengarah, Jabatan Keselamatan (JK), Kapten (B) Mohamed Fadzil, tindakan seperti itu masih berlaku walaupun siswa-siswi telah diberitahu mengenai tatatertib ketika berada di kawasan kampus.
“Jika masih ada siswa-siswi yang kami dapati tidak memakai topi keledar di kawasan kampus, kami akan ambil tindakan saman serta-merta. Kadar denda sebanyak RM50 akan dikenakan”, katanya.
“Sebagai penunggang motosikal, wajib untuk memakai topi keledar walaupun tempat yang ditujui adalah dekat. Keselamatan harus diutamakan untuk mengelak sebarang perkara yang tidak diingini berlaku kepada siswa-siswi. Jadi, dengan pemakaian topi keledar, risiko seperti kemalangan dapat dielakkan”, jelasnya.
“Sekiranya masih terdapat siswa-siswi yang memandang ringan isu keselamatan selepas ini, JK akan menjalankan operasi secara mengejut di kampus bagi menyaman siswa-siswi yang masih tidak mengikut peraturan”, jelasnya lagi.
“Walau bagaimanapun, siswa diberi kelonggaran untuk tidak memakai topi keledar pada hari Jumaat bagi memudahkan mereka ke masjid. Tetapi, kami hanya mengehadkan masa selama setengah jam sahaja. Selepas daripada tempoh itu, mereka perlu memakai topi keledar semula”, akhiri beliau.


Calender

« June 2017 »
Mon Tue Wed Thu Fri Sat Sun
      1 2 3 4
5 6 7 8 9 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30