Login to your account

Username *
Password *
Remember Me

Create an account

Fields marked with an asterisk (*) are required.
Name *
Username *
Password *
Verify password *
Email *
Verify email *
Captcha *
Reload Captcha
Isnin, 23 Oktober 2017

Siswa-siswi salah guna bilik persatuan

Universiti Sains Malaysia (USM) telah membuat keputusan bagi penutupan bilik persatuan yang terletak di bangunan Kompleks Cahaya Siswa bagi memastikan keselamatan siswa-siswi dan persekitaran kampus terjamin.
Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (BHEPA), Profesor Dato’ Dr Adnan Hussein menyatakan keputusan itu semasa proses pengiraan undi Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar di Dewan Utama Desasiswa (DUD).
Menurut beliau, peraturan telah ditetapkan kepada siswa-siswi, namun bilik tersebut masih tidak dijaga.
Siswa-siswi tidak padamkan lampu, matikan alat penghawa dingin dan kuncikan pintu, jelas beliau.
“Ahli persatuan dan siswa-siswi tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan sehingga berlaku kecurian, mangga dipecahkan dan kunci dirosakkan,” tambah beliau.
Tambah beliau lagi, sebab lain bilik tersebut ditutup kerana terdapat siswa-siswi yang mengambil kesempatan melakukan perbuatan yang tidak bermoral di dalam bilik tersebut.
Selain itu, terdapat aduan siswa-siswi berdua-duaan di dalam bilik tersebut dalam keadaan menguncikan pintu.
“USM tidak akan memandang remeh isu ini kerana ia akan menjejaskan imej USM”, ulas beliau.
Beliau juga menegaskan isu tersebut disebabkan sikap siswa-siswi yang tidak bertanggungjawab dan tidak menghargai peluang yang diberikan.
“USM telah menyediakan ruang kepada siswa-siswi, namun telah disalahguna. Ini adalah sesuatu yang sangat mengecewakan,” ujar beliau kepada Berita Kampus.


Calender

« October 2017 »
Mon Tue Wed Thu Fri Sat Sun
            1
2 3 4 5 6 7 8
9 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30 31