Login to your account

Username *
Password *
Remember Me

Create an account

Fields marked with an asterisk (*) are required.
Name *
Username *
Password *
Verify password *
Email *
Verify email *
Captcha *
Reload Captcha
Isnin, 23 Oktober 2017

Adnan: Ahli MPP harus jadi contoh siswa-siswi

bk45 02 p6

Ahli-ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Sains Malaysia (USM) harus mempamerkan perwatakan yang akan menjadi contoh kepada siswa-siswi.
Menurut Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni USM, Profesor Dato’ Dr. Adnan Hussein, sebagai ahli MPP, mereka juga perlu sentiasa berintegriti, jujur, dan mampu membina jalinan hubungan yang baik bagi meningkatkan keupayaan MPP dalam menjalankan tanggungjawab yang telah diberikan oleh siswa-siswi USM.
“Kepimpinan yang adil dan hala tuju organisasi yang jitu seperti ahli MPP perlu bijak dalam menyampaikan amanah siswa-siswi USM, seiring dengan Pelan Pendidikan Tinggi Negara (PPPM-PT) 2015-2025 yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak”, jelas Adnan.
Prof Adnan berkata demikian dalam Majlis Penyerahan Watikah dan Bacaan Ikrar pada 17 September yang lalu di Kompleks Cahaya Siswa.
Pada majlis tersebut, seramai 46 siswa-siswi yang menang pemilihan Majlis Pewakilan Pelajar (MPP) pada 17 September telah dilantik untuk menganggotai MPP Sidang Akademik 2015/2016 dalam
Majlis tersebut disempurnakan oleh Naib Canselor, Profesor Dato’ Omar Osman bertempat di Kompleks Cahaya Siswa pada 2 Oktober 2015.
Seramai enam siswa-siswi telah dipilih sebagai ahli Majlis Tertinggi MPP USM Sidang Akademik 2015/5016. Mohd Fahmi Mohd Fadzli, Ilmu Pendidikan 3, dilantik sebagai Yang Dipertua MPP. Beliau dibantu oleh tiga Naib Yang Dipertua iaitu Rasis Muhamad Rosdi, Ilmu Pendidikan 3, dari Kampus Induk, Mohamad Razif Mohd Ramli, Kejuruteraan Kimia 2, dari Kampus Kejuruteraan, dan Ahmad Syahmi Rasyad Ismail, Sains Kesihatan 3, dari Kampus Kesihatan. Noor Syafira Zainal Abidin, Ilmu Pendidikan 3, telah dilantik sebagai Setiausaha dan Najibah Ismail, Ilmu Pendidikan 3, telah dilantik sebagai Bendahari. Seramai 40 siswa-siswi menerima pelantikan sebagai Exco MPP USM Sidang Akademik 2015/2016.
Menurut Yang Dipertua MPP USM, amanat yang diberikan oleh siswa-siswi USM memerlukan rakan-rakan seperjuangan untuk membawa suara siswa-siswi ke peringkat tertinggi universiti. Oleh itu, MPP USM akan memperkenalkan perancangan strategik hala tuju MPP dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JKPU).
“Umum mengetahui mesyuarat JKPU ialah mesyuarat tertinggi universiti dan MPP akan membawa suara siswa-siswi tanpa menyisihkan mana-mana pihak”, jelas Fahmi.


Calender

« October 2017 »
Mon Tue Wed Thu Fri Sat Sun
            1
2 3 4 5 6 7 8
9 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30 31