Login to your account

Username *
Password *
Remember Me

Create an account

Fields marked with an asterisk (*) are required.
Name *
Username *
Password *
Verify password *
Email *
Verify email *
Captcha *
Reload Captcha
Khamis, 29 Jun 2017

Imej baharu Jabatan Keselamatan

keselamatan

Pakaian uniform Jabatan Keselamatan (JK) Universiti Sains Malaysia (USM) kini bertukar baharu.
Pertukaran ini berkuatkuasa pada 31 Ogos 2015 di Kampus Induk manakala Kampus Kesihatan dan Kampus Kejuruteraan pada 21 September.
Menurut Timbalan Pengarah JK USM, Kapten (B) Mohamed Fadzil Baharudin berkata, JK kini lebih bersemangat dengan imej baharu uniform tersebut.
“Tujuan utama pertukaran uniform JK ini untuk kelihatan lebih tegas. Oleh itu, pemilihan uniform seperti anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjadi pilihan dan lebih menjimatkan kos sekiranya mereka pergi ke kursus polis bantuan kelak ”, katanya.
“Penukaran uniform kali keempat ini melibatkan seramai 398 staf JK termasuk staf kontrak dan ia telah lama dirancang sejak tahun 2007 lagi tetapi lewat dilaksanakan kerana pada ketika itu ada yang mengatakan staf JK tidak boleh berpakaian seperti anggota polis. Tarikh rasmi pertukaran uniform baharu ini sepatutnya dirasmikan pada 1 Oktober tetapi dilanjutkan pada November atas sebab tertentu”, katanya lagi.
Majlis Jemaah Pengarah Keselamatan, Universiti Awam (UA) mahu menyelaraskan uniform staf Jabatan Keselamatan di semua Universiti Awam (UA) tetapi ia tertakhluk kepada Naib Canselor universiti masing-masing. Namun, sudah ada beberapa buah universiti yang telah melaksanakan uniform seperti anggota PDRM ini seperti Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Malaya (UM).
Menurut Ketua Pasukan Kawalan Kampus nombor empat, Abdul Razak Abdul Ghani, pertukaran uniform baharu ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada semua staf JK.
“Penerimaan staf sangat positif. Kami semua teruja dengan uniform baharu kerana mirip dengan anggota polis  dan rata-rata staf bersemangat dengan imej baharu ini”, katanya.


Calender

« June 2017 »
Mon Tue Wed Thu Fri Sat Sun
      1 2 3 4
5 6 7 8 9 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30