Login to your account

Username *
Password *
Remember Me

Create an account

Fields marked with an asterisk (*) are required.
Name *
Username *
Password *
Verify password *
Email *
Verify email *
Captcha *
Reload Captcha
Sabtu, 19 Ogos 2017

USM cadang wujudkan Pusat Media, Pusat Perisian

page1

Universiti Sains Malaysia (USM) bercadang untuk mewujudkan Pusat Media (Media House) dan Pusat Perisian (Software House) dalam usaha untuk melonjakkan kedudukannya di peringkat antarabangsa.
Pusat Media dan Pusat Perisian ini bakal menghimpunkan semua pakar-pakar dalam bidang teknologi kejuruteraan dan pengamal media seperti Pusat Media Dan Perhubungan Awam, pensyarah serta siswa-siswi dari beberapa buah pusat pengajian seperti Pusat Pengajian Komunikasi (PPK), Pusat Pengajian Seni (PPS) dan Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (PPIK)  untuk bergerak dengan objektif yang sama.
Naib Canselor USM Profesor Dato Dr Omar Osman berkata penubuhan pusat seperti itu adalah sejajar dengan harapan USM untuk menjadi pusat rujukan dalam pelbagai aspek di peringkat global.
“Kita mahu menjadikan USM sebagai universiti yang selalu menjadi pusat rujukan di peringkat kebangsaan dan menjadi sebuah universiti yang terkenal di peringkat antarabangsa. Oleh itu penglibatan yang menyeluruh daripada semua pihak sangat penting dalam memastikan perkara ini tercapai,” kata Omar.
Tambah Omar, gabungan yang melibatkan semua pihak seperti ini memungkinkan penerokaan peluang baru dan seterusnya membawa kepada perkembangan yang lebih bersifat global serta memberikan manfaat yang besar kepada komuniti.
“USM mempunyai ramai pakar dalam kelompok-kelompok tertentu yang tertentu. Contohnya dalam bidang reka bentuk kita mempunyai ramai pakar dan siswa-siswi dalam bidang tersebut. Namun kenapa kita tidak menzahirkannya untuk memberikan pulangan kepada pusat pengajian dengan menjana pendapatan melaluinya? Sebenarnya terdapat banyak peluang yang ada di universiti ini”, ujar Omar.
Prof Omar berkongsi perancangan USM tersebut dalam sesi Sarapan dan Sembang Santai  Bersama Naib Canselor (SSSBNC) bersama warga Pusat Pengajian Komunikasi (PPK), Pusat Media dan Perhubungan Awam USM (MPRC) dan siswa-siswi pengkhususan kewartawanan yang diadakan di Galeri MPRC pada 3 Oktober yang lalu.
Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa, Profesor Dato Dr Ahmad Shukri Mustapha Kamal, Dekan PPK, Profesor Madya Dr Jamilah Haji Ahmad, Dekan Pusat Pengajian Seni (PPS), Profesor Madya Mohamad Omar Bidin, Timbalan Dekan (Penyelidikan) PPK, Profesor Madya Dr Azman Azwan Azmawati, Pengerusi Rancangan (Prasiswazah) PPK, Dr Nik Norma Nik Hasan dan Pengarah MPRC, Encik Mohamad Abdullah.


Calender

« August 2017 »
Mon Tue Wed Thu Fri Sat Sun
  1 2 3 4 5 6
7 8 9 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31