Login to your account

Username *
Password *
Remember Me

Create an account

Fields marked with an asterisk (*) are required.
Name *
Username *
Password *
Verify password *
Email *
Verify email *
Captcha *
Reload Captcha
Khamis, 29 Jun 2017

Hafizh, Nabil galas cabaran skuad kebangsaan

sukan1

Dua pemain bola sepak Minden Tiger Universiti Sains Malaysia (USM) telah terpilih mewakili skuad kebangsaan dalam 8th Thailand- Malaysia University Games 2015 di Universiti Chiang Mai, Thailand pada 18 hingga 22 September lalu.
Kapten pasukan Minden Tiger, Mohd Hafizh Mansor dan rakan sepasukan, Muhamad Nabil Fikri Zulkifli, dipilih berdasarkan pemilihan En. Nuraffendy Muhd Yatim selaku jurulatih pasukan Minden Tiger. Mereka juga bergabung bersama 18 lagi pemain dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA). 20 pemain tersebut mula menjalani latihan intensif di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bermula 17 September lalu.

sukan2
Menurut Hafizh, menerusi program ini beliau telah mempelajari semangat sepasukan dalam sesuatu perlawanan sangat penting untuk mencapai kemenangan. Faktor latihan yang mencukupi juga mampu menjadi penyumbang kepada sesuatu pasukan itu untuk bergerak lebih jauh.
Walau bagaimanapun, Hafizh dan Nabil masih perlu bersiap sedia menggalas tanggungjawab untuk berhadapan dengan perlawanan Divisyen 1 dalam Liga Bola Sepak IPT yang akan datang.


Calender

« June 2017 »
Mon Tue Wed Thu Fri Sat Sun
      1 2 3 4
5 6 7 8 9 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30