Login to your account

Username *
Password *
Remember Me

Create an account

Fields marked with an asterisk (*) are required.
Name *
Username *
Password *
Verify password *
Email *
Verify email *
Captcha *
Reload Captcha
Isnin, 20 November 2017
  1. Berita Terkini
  2. Paparan Popular
  3. Muat Turun Popular

USM cadang wujudkan Pusat Media, Pusat P…

Okt 12, 2015 Hits:739 Sekitar Kampus

Universiti Sains Malaysia (USM) bercadang untuk mewujudkan Pusat Media (Media House) dan Pusat Per...

Imej baharu Jabatan Keselamatan

Okt 12, 2015 Hits:979 Sekitar Kampus

Pakaian uniform Jabatan Keselamatan (JK) Universiti Sains Malaysia (USM) kini bertukar baharu. Per...

Adnan: Ahli MPP harus jadi contoh siswa…

Okt 12, 2015 Hits:695 Sekitar Kampus

Ahli-ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Sains Malaysia (USM) harus mempamerkan perwat...

Siswa-siswi salah guna bilik persatuan

Okt 12, 2015 Hits:773 Sekitar Kampus

Universiti Sains Malaysia (USM) telah membuat keputusan bagi penutupan bilik persatuan yang terletak...

Saman jika tidak bertopi keledar

Okt 12, 2015 Hits:894 Sekitar Kampus

Sikap segelintir siswa-siswi yang memandang ringan isu keselamatan masih berlaku apabila mereka dili...

Wi-Fi in the process of upgrading

Okt 12, 2015 Hits:440 Sekitar Kampus

The Wi-Fi service in Desasiswa Restu, Universiti Sains Malaysia (USM) broke down on 20th September 2...

Jerebu jejas kesihatan siswa-siswi

Okt 12, 2015 Hits:490 Sekitar Kampus

Peningkatan masalah kesihatan warga Universiti Sains Malaysia (USM) akibat jerebu terutamanya juml...

Vape: Pengganti atau penaik ketagihan ro…

Okt 12, 2015 Hits:4018 Rencana Kampus

Vaping merupakan trend baru dalam kalangan perokok, dan kini menjadi alat pengganti rokok yang terha...

Kajian PPAG di Sungai Batu singkap tamad…

Okt 12, 2015 Hits:1753 Rencana Kampus

Bercerita mengenai kegemilangan pensejarahan bangsa Melayu dahulunya, perkara tersebut sering kali...

Makanan tradisi ketupat palas

Okt 12, 2015 Hits:1370 Rencana Kampus

Kemeriahan sambutan hari raya puasa dan hari raya haji jelas tergambar dalam lirik lagu Suasana Ha...

Laluan terdedah punca anjing liar masuk

Oleh NORMALA MD AMAN,  

Masalah anjing liar yang berkeliaran di sekitar kampus terutamanya di kawasan desasiswa terus kedengaran walaupun pelbagai usaha telah giat dijalankan oleh semua pihak. Penolong Pegawai Keselamatan Jabatan Keselamatan (JK) Universiti Sains Malaysia (USM), Narawi Bakar berkata anjing liar telah menyelinap masuk ke kawasan kampus melalui laluan longkang, pagar berlubang, dan di lorong tikus yang berdekatan dengan Tasik Harapan. “Kami telah menerima banyak aduan daripada siswa-siswi tentang anjing liar yang berkeliaran di kawasan desasiswa dan saya percaya anjing-anjing liar itu masuk ke situ untuk menyelongkar sisa-sisa makanan yang ada dalam tong sampah yang berdekatan,” katanya kepada Berita Kampus. “Kami telah mengenalpasti kawasan hotspot anjing-anjing liar itu masuk dan telah memaklumkan hal tersebut kepada Jabatan Pembangunan untuk tindakan susulan,” katanya. Narawi berkata JK telah bekerjasama dengan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) untuk membendung masalah ini daripada terus meruncing.  “Jabatan Perhilitan dan MPPP berjaya menembak beberapa anjing liar dengan menggunakan ubat pelali dan memasukkan anjing-anjing itu ke dalam sangkar untuk dilepaskan di kawasan yang jauh dari kampus,” katanya. Narawi berkata USM telah memasang dua perangkap anjing di kawasan yang terpilih dan akan terus mempergiat operasi menangkap anjing liar pada masa akan datang supaya masalah itu dapat diselesaikan dengan segera. Jurutera Awam Jabatan Pembangunan USM, Zairil Azhar Zainol berkata pihaknya telah meninjau kawasan hotspot anjing-anjing liar itu untuk masuk selepas mendapat laporan daripada JK. “Hasil pemantauan kami, lokasi tersebut memang mempunyai keberangkalian yang tinggi untuk membolehkan anjing liar menerobos masuk dan tindakan segera telah dilakukan secara berperingkat. “Setakat ini, kami berjaya membersihkan semak samun di kawasan kampus, menambah baik pagar yang rosak di belakang kediaman Hilton, memasang geriji di longkang yang berdekatan dengan Kompleks EUREKA, dan mengkonkrit keseluruhan pagar di Desasiswa Restu, Saujana, dan Tekun. “Namun, anjing liar itu tetap masuk melalui laluan lain yang belum diselenggara dan disebabkan pembinaan longkang besar di kawasan tertentu menyebabkan kami tidak dapat menghalang anjing-anjing liar itu daripada masuk melaluinya,” katanya. Zairil berkata pihaknya akan bekerja keras untuk membantu USM dan JK dari segi penambahbaikan infrastruktur dan membuat pemantauan secara berkala tetapi semuanya bergantung kepada kekangan kos penyelenggaraan yang besar.

Calender

« November 2017 »
Mon Tue Wed Thu Fri Sat Sun
    1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30      

Berita Kampus Terkini

BK45 06