USM Logo APEX logo OFFICIAL23   
           

Login to your account

Username *
Password *
Remember Me
Ahad, 20 Oktober 2019
 

Siswa-siswi diseru bantu universiti jaga kebersihan

Laporan Sesi Dialog Tiga Penjuru oleh Magdalene Luis dan SITI ZALILAH MUHAMAD YUSOP

Siswa-siswi Universiti Sains Malaysia (USM) disaran membantu universiti menjaga kebersihan kampus demi kebaikan sejagat.
Menurut wakil Jabatan Pembangunan Pelajar (JPP) USM, Abd Wahab bin Aziz, siswa-siswi perlu memberikan kerjasama kepada JPP dalam membantu menjaga kebersihan kampus dengan membuang sampah di tempat yang telah disediakan.
“Segelintir siswa-siswi masih lagi membuang sampah merata-rata, misalnya di perhentian bas berhampiran Eureka sering kali terdapat tin minuman yang diletakkan di tempat duduk walaupun tong sampah telah disediakan,” katanya dalam majlis Sesi Dialog Tiga Penjuru yang dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) USM buat kali kedua pada sidang 2012/2013.
Beliau menyeru supaya siswa-siswi mengikut peraturan yang telah disediakan dan kepada persatuan dan kelab, beliau menasihatkan supaya mereka memberi makluman awal kepada wakil JPP sekiranya mereka perlu melupuskan sisa makanan selepas tamat kegiatan persatuan.
“Kita dapat bersama-sama mengatasi masalah pencemaran persekitaran kampus sekiranya semua berganding bahu menjaga kebersihan dan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan,” tambahnya lagi.
Beliau berkata siswa-siswi juga perlu mengamalkan budaya menjaga kebersihan kerana ia sememangnya menjadi tuntutan agama setiap kaum dan dengan menjaga kebersihan kita juga mampu menjamin kesihatan bersama.

Berita Kampus Terkini

BK45 06