USM Logo APEX logo OFFICIAL23   
           

Login to your account

Username *
Password *
Remember Me
Isnin, 09 November 2026
 

MPDCG anjur rewang Asyura dan solat hajat

bk6 p9 1

Oleh Mohamad Fadli Selamat

Majlis Penghuni Desasiswa Cahaya Gemilang (MPDCG) telah mengadakan Rewang Asyura bagi mengeratkan lagi hubungan antara ahli MPDCG dan penghuni pada 1 Disember lalu bertempat di Perkarangan Desasiswa Cahaya Gemilang.

Pada majlis sama, solat hajat untuk mendoakan keselamatan pergi dan pulang dua wakil siswa-siswi Universiti Sains Malaysia (USM) iaitu Abu Sufian Mansoor dan Nazurah Mohd Noh ke Palestin pada 5 hingga 13 Disember, turut dilakukan. Pengarah Projek Rewang Asyura, Nik Mohamed Hakimi Mustaqim Baderolsham, Komunikasi 3, berkata program itu dianjurkan bagi menarik minat dan mengumpul penghuni CG bergotong-royong membuat bubur Asyura.

“Membuat bubur Asyura adalah aktiviti yang menarik kerana penghuni bekerjasama membuatnya yang mana mengambil masa antara 9 hingga 10 jam. “Saya amat bersyukur kerana program ini dapat menarik kehadiran ramai penghuni dan mendapat kerjasama yang baik daripada semua pihak yang terlibat,” katanya.

Selain memasak bubur Asyura, kami juga memasak mee goreng untuk dijadikan jamuan makan selepas menunaikan solat Isyak dan solat hajat itu. Menurut Felo Desasiswa CG, Siti Hasnah Zainal Abidin program itu mendapat sambutan yang menggalakkan serta kerjasama padu daripada semua pihak.

“Saya amat gembira kerana penghuni desasiswa CG menunjukkan keprihatinan mereka dengan penglibatan mereka dalam majlis ini dan diharap MPDCG terus aktif mengadakan program-program yang mendekatkan siswa-siswi dengan masyarakat,” ujarnya

Berita Kampus Terkini

BK45 06